Selasa, 13 November 2012


SEKAPUR SIRIH

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.Sesungguhnya segala puji dan puja hanya layak untuk Allah Taala. Setinggi selawat dan salam buat junjungan besar Tercinta, Nabi Muhammad s.a.w.,keluarga baginda, para sahabat dan tabien seluruhnya.

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah yang telah memperkenan dan memberi keizinan sehingga saya diberi peluang  membina blog pengajaran dan pembelajaran bagi subjek pendidikan islam. Somoga menjadi panduan kita semua bagi mencapai kesempurnaan ibadat kita sehariann.

Pendidikan islam di bawah Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak hanya terbatas kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas semata-mata. Aktiviti dan progaram penerapan mata pelajaran ini adalah menyeluruh sifatnya dan merentas semua aktiviti dan program di bawah Kementerian Pelajaran.

Jesteru, pembinaan blog panduan wuduk hanya lah sebagai panduan dan kita sebagai seorang islam wajib belajar secara langsung dengan guru yang mursyid.  Amalan wuduk bukan setakat untuk kita semperna dalam ibadat solat saja. Sepatutnya diperluaskan lagi skopnya supaya menjadi satu amalan harian dalam kehidupan kita.

Tahniah dan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan seperjuangan atas komen dan buah fikiran yang disalurkan bagi memantapkan lagi blog panduan wuduk ini. Semoga Allah memberi  balasan yang sebaik-baiknya. Segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri dan yang baik itu adalah dari Allah Taala.

Sekian, terima kasih.